Wednesday, October 21, 2009

SELAMAT DATANG

Kursus Bestari IPGM Ipoh kohort 3 (28.09.09 - 23.10.09)


APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi
maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepadapengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam
bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh
mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (selfdirected)
dan kadar kendiri (self-paced).